Thursday, February 18, 2010

Bagaimana Nak Upgred Portable Senayan versi 7 ke 12?

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia

Kepada sekolah-sekolah yang terawal menggunakan Portable Senayan Versi 7 jangan terlalu risau. Mudah saja untuk upgred ke Portable Senayan Versi 12.

Sila ikuti langkah-langkah di bawah ini dengan teliti:
1. Buka Automasi Senayan versi 7 seperti biasa.
2. Pergi ke tab Bibliography klik export data - save di desktop pc anda.
3. Pergi ke tab Membership klik export data - save di desktop pc anda.
4. Buka folder psenayan di root C:\
5. Buka folder seperti yang ditunjukan dalam gambarajah ini dan copy folder docs dan save di desktop pc anda buat sementara. (Sila klik gambarajah di bawah untuk dibesarkan)



6. Setelah anda muat turun Portable Senayan Versi 12 anda install seperti biasa anda install Portable Versi 7.
7. Buka Automasi Senayan versi 12 dan buat perubahan pada sistem konfigurasi admin dan juga sistem user, group user yang lain.
8. Buka tab Bibliograhpy dan import data Biblio data yang ada di desktop pc anda.
9. Buka tab Membership dan import data Membership data yang ada di desktop pc anda dan
10. Copy folder images docs yang ada di desktop pc anda dan pastekan di folder yang sama di folder C:\psenayan\apache\htdocs\senayan3-stable12\images (overwrite saja)

Sekian terima kasih dan harap anda dapat melakukannya dengan berjaya.