Tuesday, November 15, 2011

Dapatkan Sistem Library Senayan Versi 3.15

Salam sejahtera dan salam 1Malaysia
Ingin dimaklumkan  kepada cikgu-cikgu, terkini terdapat versi senayan 3.15. Ia terdapat tambahan bahasa iatiu Thai dan Bangali. Templates baru juga ditambah. Ralat-ralat yang terdapat pada versi lama dibaiki (Sila rujuk halaman rasmi Senayan) Untuk memuat turun versi terbaru ini sila ke halaman rasmi Senayan di bahagian Download. Apabila versi 3.15 ini dipasang, url telah berubah kepada" http://localhost/slims3-stable15/"


Tuesday, June 14, 2011

Khidmat Bantu Pemasangan Sistem Automasi Senayan

Salam sejahtera dan salam 1Malaysia,
Kepada sekolah-sekolah di Kuala Lumpur yang masih lagi menghadapi masalah pemasangan sistem automasi senayan, bolehlah merujuk kepada pegawai -pegawai Pusat Kegiatan Guru yang berhampiran dengan zon cikgu-cikgu. Jika tuan/puan masih juga berkehendakan pegawai PKG Keramat diharapkan tuan/puan menghantar surat secara rasmi kepada Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang bertempat di Bandar Tasik Permaisuri,Cheras.
Sekian terima kasih diatas kerjasama cikgu-cikgu.